X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

KPPK rancang selaras data sektor komoditi menerusi data raya

Zuraida Kamarudin
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menyelaras data penting industri di bawahnya dengan memanfaatkan data raya berpusat bagi memaksimumkan sumber negara.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, data yang dikumpulkan itu bakal memudahkan kementerian serta pemain industri mendapatkan data terkini sektor komoditi negara.

"Pengumpulan maklumat masih tidak menyeluruh. Jadi satu kaedah yang lebih menyeluruh perlu diambil untuk mendapatkan data dan input seperti penggunaan dron bagi melihat (keluasan) kawasan.

"Saya juga sudah menyiapkan konsultan yang berupaya melaksanakan (pengumpulan data) supaya kita ada data raya tidak kira komoditi sawit mahupun getah," katanya dalam Rancangan Inklusif Radio Television Malaysia (RTM) bertajuk Mensejahterakan Sektor Agrikomoditi Negara yang disiarkan malam Isnin.

Zuraida berkata, sebagai contoh, Malaysia menetapkan jumlah kawasan tanaman sawit pada 6.5 juta hektar dan data raya ini dapat memberikan data yang dikemaskini.

"Ini kerana mungkin terdapat penanam kecil yang telah berhenti berladang sawit dan data mereka tidak diperbaharui.

"Tanpa data terkini kita tidak tahu peladang mana yang telah berhenti menanam dan tiada hasil. Jadi, jika keluasan tanaman sawit kurang daripada had yang ditetapkan, kita boleh tambah," jelasnya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!