X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Rexy kembali ke pangkuan BAM

Rexy akan memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan BAM mulai 1 Disember ini.
A
A

PAKAR beregu Indonesia, Rexy Mainaky akan kembali berada dalam barisan kejurulatihan skuad negara selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantiknya sebagai timbalan pengarah kejurulatihan badan induk itu.

Rexy yang kontraknya dengan Persatuan Badminton Thailand (BAT) berakhir bulan ini, akan melaporkan diri untuk bertugas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.

Peranan bekas pemain Indonesia berusia 53 tahun itu adalah untuk membantu pengarah kejurulatihan, Wong Choong Hann, namun skop tugasnya lebih terarah kepada bahagian beregu.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran semula Rexy dalam barisan kejurulatihan negara.

"Kami gembira apabila Rexy akan menyertai barisan kejurulatihan kami. Pelantikan ini adalah penting untuk mengukuhkan kemajuan yang telah dicapai BAM dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Rexy adalah jurulatih yang baik dan berpengalaman dengan rekod prestasi cemerlang. Dia akan diberikan petunjuk prestasi utama (KPI) khusus untuk segera meningkatkan prestasi beregu muda kita," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Rexy akan menjadi jurulatih kelima Indonesia yang bergabung dalam struktur kejurulatihan BAM selepas Hendrawan (perseorangan lelaki), Indra Wijaya (perseorangan wanita), Flandi Limpele (beregu lelaki) dan Paulus Firman (beregu campuran).

Untuk rekod, Rexy sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih beregu negara dari 2005-2012. Rexy bertanggungjawab menjadikan gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sebagai beregu nombor satu dunia selain memenangi emas Sukan Asia 2006 dan gelaran All-England 2007.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!