X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Ganabatirau minta maaf isu video tular maki kakitangan JPS

Ganabatirau pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V Ganabatirau tampil memohon maaf berikutan satu video tular pada Sabtu yang memaparkan beliau meninggikan suara kepada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Kejadian tersebut berlaku ketika beliau meninjau kawasan banjir di Taman Sri Muda, di sini pada Sabtu.

Beliau menerusi satu sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Isnin mengakui tidak bermaksud untuk meninggikan suara kepada kakitangan berkenaan.

"Sebelum ini ada dua pam air di Taman Sri Muda, satu daripadanya telah rosak tapi tak diganti semula.

"Jadi saya tanya kepada mereka (JPS) bila pam air itu mahu dipasang semula, tetapi tiada jawapan daripada mereka dan saya tidak berpuas hati dengan reaksi tersebut.

"Sepatutnya mereka (JPS) menjawab bahawa perkara itu akan dikaji semula dan disiasat, bukannya sekadar faham sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video exco tular: MB akan beri nasihat

Dalam pada itu, Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor itu turut menempelak sikap kakitangan yang tidak memberikan respons sewajarnya berkenaan isu banjir di kawasan terbabit.

Ujar Ganabatirau, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut untuk menyelesaikan kemelut banjir yang berlarutan sejak 20 tahun lalu.

"Saya tidak mempunyai fakta terkini, mereka (JPS) ada fakta sebagai agensi tapi tidak berkongsi kepada kami. Bila ini berlaku, saya terlepas kemarahan dan saya mohon maaf. Selama tiga tahun ini pelbagai usaha saya lakukan dan berjumpa dengan ramai pegawai.

"Saya memohon maaf setulus hati, saya sepatutnya tak boleh berkasar," katanya.

Pada Isnin, tular video di media sosial yang didakwa membabitkan Ganabatirau yang dilihat memaki hamun kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) malah video itu turut didakwa dimuat naik oleh exco terbabit.

Berikutan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terkilan dengan tindakan individu dalam video berkenaan yang disifatkan tidak profesional.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat turut menganggap tindakan individu terbabit yang mengeluarkan kata-kata kesat serta suara tinggi terhadap penjawat awam juga sangat keterlaluan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!