Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong sentimen positif menjelang pembentangan Bajet 2022 pada minggu ini serta kenaikan harga minyak. Gambar hiasan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong sentimen positif menjelang pembentangan Bajet 2022 pada minggu ini serta kenaikan harga minyak. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong sentimen positif menjelang pembentangan Bajet 2022 pada minggu ini serta kenaikan harga minyak, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menokok kepada 4.1480/1510 berbanding dolar AS daripada 4.1490/1520 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Penganalisis berkata, pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat ini dijangka merangsang ringgit untuk berada di bawah paras 4.15 berbanding dolar AS pada minggu ini.

“Bagaimanapun, unit tempatan itu mungkin berdepan cabaran sekiranya angka keluaran dalam negara kasar Amerika Syarikat (AS) bagi suku ketiga 2021 melebihi anggaran, dan jika pasaran terus cenderung untuk menerima impak langkah Rizab Persekutuan AS mengurangkan pembelian (aset) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada November,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata, meskipun dolar AS meningkat, ringgit kekal menerima sokongan daripada harga komoditi dan tenaga yang kukuh.

Setakat ini, penanda aras minyak mentah Brent menokok 0.60 peratus kepada AS$86.04 setong.

Sewaktu ditutup, unit tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun yang merosot kepada 3.6504/6534 daripada 3.6436/6466 pada Jumaat lepas.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0781/0805 daripada 3.0825/0849 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7043/7085 daripada 5.7269/7310, dan meningkat berbanding euro kepada 4.8229/8264 daripada 4.8307/8342 sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: