X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Enam laporan masih disiasat, kes pegawai bank disyaki pecah amanah

Mohd Kamarudin
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak enam laporan masih disiasat oleh polis dalam kes melibatkan seorang pengurus perhubungan pelanggan di sebuah institusi perbankan yang ditahan kerana disyaki terlibat kes pecah amanah pada 21 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang simpanan tetap milik mangsa untuk membeli tujuh jongkong emas untuk dirinya sendiri.

"Kami menerima tujuh laporan polis berkaitan kes pecah amanah ini membabitkan kerugian RM4 juta. Suspek telah dituduh di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan pada 27 September lalu namun mengaku tidak bersalah serta ditawarkan jaminan berjumlah RM30,000.

"Enam lagi laporan polis pula masih dalam siasatan. Kami percaya ramai lagi mangsa mengalami kerugian akibat perbuatan suspek, namun belum membuat laporan polis.

"Mangsa-mangsa yang terlibat diminta tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!