Hanya 12 kes positif di Sarawak perlukan bantuan pernafasan

Hanya 12 daripada 493 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak pada Isnin mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan. - Gambar hiasan
Hanya 12 daripada 493 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak pada Isnin mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Hanya 12 daripada 493 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak pada Isnin mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, 481 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan hanya bergejala ringan.

Sementara itu, sebanyak 18 kes kematian baharu direkodkan dalam tempoh antara 12 dan 24 Oktober melibatkan individu berusia antara 49 dan 95 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, penyakit paru-paru kronik dan kencing manis.

JPBN Sarawak turut memaklumkan dua kluster tamat di negeri itu iaitu Kluster Kampung Muara Tebas 2 di Kuching dan Kluster Batu 10 Jalan Oya di Sibu, setelah 28 hari tiada kes baharu dilaporkan melibatkan kluster-kluster berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: