10 pemandu bas carum Perkeso

Nallusamy (tiga, kanan) terima borang SBPS daripada pemandu bas.
Nallusamy (tiga, kanan) terima borang SBPS daripada pemandu bas.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 10 pemandu bas di daerah ini adalah antara 462 yang terawal mendaftar Skim Bencana Pekerjaan Sendiri (SBPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tujuan perlindungan diri.

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, M Nallusamy berkata, pendaftaran berkenaan dibuat melalui dua wakil yang mengunjungi pejabat agensi berkenaan di Seremban, kelmarin.

"Semua pemandu bas terbabit mencarum sebanyak RM157.20 setahun. Skim ini diwujudkan kerajaan bagi melindungi individu bekerja sendiri dan diwajibkan ke atas pemandu bas pada 1 Februari lalu.

"Selain jumlah caruman itu, mereka juga boleh memilih untuk mencarum sebanyak RM232.80, RM442.80 dan RM592.80 setahun," katanya kepada Sinar Harian.

Nallusamy berkata, kerajaan sebelum ini menetapkan caruman untuk pemandu teksi dan e-hailing pada Jun 2017.

Katanya, caruman boleh dibuat di kaunter bayaran di pejabat Perkeso atau secara dalam talian menerusi www.iperkeso.gov.my.

"Untuk sebarang pertanyaan di Negeri Sembilan, orang ramai boleh menghubungi pegawai Perkeso, Mohd Shahir Abd Malit di talian 019-3518297 atau Farah Amizah di talian 06-7619077," katanya.

Artikel Berkaitan: