Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.6 bilion pada 15 Oktober 2021

BNM - Foto 123rf
BNM - Foto 123rf
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.6 bilion pada 15 Oktober 2021.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, bank pusat berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$101.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.0 bilion).

Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM484.16 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM760.74 million), pinjaman dan pendahuluan (RM22.72 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM16.07 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar yang berjumlah sehingga RM100 juta, rizab (RM183.68 bilion), mata wang dalam edaran (RM146.70 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM153.46 billion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.33 bilion), lain-lain deposit (RM5.53 bilion), kertas Bank Negara (RM7.12 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.86 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: