17 individu ditahan terlibat judi dalam talian

Antara individu yang ditahan di sebuah premis judi dalam talian di Jalan Pudu di sini pada Khamis.
Antara individu yang ditahan di sebuah premis judi dalam talian di Jalan Pudu di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 17 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian di sebuah premis di Jalan Pudu, di sini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Anuar Yusoff berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki warga asing disyaki penjaga premis.

"Kita menahan 15 individu berusia di antara 24 hingga 61 tahun kerana bermain judi secara dalam talian dengan menggunakan komputer riba dan peranti mudah alih (tablet)," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Saiful Anuar berkata, pihaknya merampas sembilan buah komputer riba, 11 peranti tablet, 20 tetikus, 24 kerusi, satu buku catatan perjudian, dua buah telefon bimbit, sebuah monitor komputer, satu papan kekunci komputer dan wang tunai RM664.

"Siasatan telah selesai dijalankan dan semua tangkapan telah dituduh pada Isnin di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalankan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis tersebut atas permohonan yang dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 3 petang Isnin.

"Pemotongan bekalan elektrik ini dilakukan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 [Akta 289]," katanya.

Artikel Berkaitan: