X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Manchester United main seperti kanak-kanak

De Gea
A
A

PENJAGA gol sensasi Manchester United, David De Gea mengkritik dalam kalangan pemain The Red Devils yang disifatkan bermain seperti kanak-kanak ketika diaibkan 5-0 Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford awal pagi Isnin.

De Gea yang sebelum perlawanan itu berada pada prestasi terbaik mengakui gagal menghalang mengekang empat gol pada babak pertama tersebut berikutan prestasi hambar pertahanan tuan rumah.

Malah penjaga gawang Sepanyol itu mengakui turut bersimpati dengan penyokong-penyokong The Red Devils yang kecewa dengan kekalahan besar di laman sendiri tersebut musim ini.

"Kami bermain seperti kanak-kanak dalam perlawanan ini," katanya selepas perlawanan tersebut yang menyaksikan hatrik daripada Mohamed Salah, manakala dua gol lagi dijaringkan Naby Keïta dan Diogo Jota.

Sementara itu, De Gea turut bersimpati dengan penyokong-penyokong The Red Devils sambil memahami kekecewaan dari kekalahan besar tersebut kepada seteru tradisi.

"Saya merasakan keperitan penyokong-penyokong Manchester United. Anda memberikan segalanya kepada kelab.

"Oleh itu, kami mesti melakukan perkara yang sama. Saya sukakan kelab ini dan kami tidak akan menerima persembahan ini," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!