Parlimen kita sudah jadi kartun: Mahfuz

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Parlimen sudah menjadi seperti kartun apabila usul pengungkaian Ordinan Darurat baharu dikemukakan di sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, ia kerana dalam sidang Dewan Rakyat pada Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada waktu itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membuat pengisytiharan bahawa kerajaan telah menarik balik Ordinan Darurat berkenaan.

"Pada waktu itu, kerajaan berpendapat tidak perlu kepada pembentangan pengungkaian Ordinan Darurat, cukup ketetapan yang dibuat diletakkan di atas meja.

"Takkan letakkan atas meja menunjukkan kita telah buat ketetapan?

Jadi ini maksud saya bahawa Parlimen kita sudah menjadi kartun," katanya ketika perbahasan mengungkai tujuh Ordinan Darurat.

Beliau berkata, secara tiba-tiba pihak kerajaan pada Isnin membuat pembentangan untuk mengungkai atau membuat ketetapan untuk membatalkan Ordinan Darurat.

Katanya, perkara itu sepatutnya dilakukan pada sidang Dewan Rakyat pada Julai lalu kerana mengungkaian Ordinan Darurat perlu dibuat ketetapan seperti mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya percaya kalau mereka bentang pada ketika itu, tidak ada siapa pun yang akan tolak, semua akan setuju.

Artikel Berkaitan:

"Tapi saya tak tahu apakah yang menghantui atau mereka sendiri telah jadi hantu kepada negara ini sehingga timbul permasalahan besar tentang pembatalan Ordinan Darurat," katanya.