Ganabatirau ada sidang akhbar khas petang ini

V Ganabatirau
V Ganabatirau
A
A
A

SHAH ALAM - Satu sidang akhbar khas Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau akan diadakan pada petang Isnin.

Ganabatirau ketika memaklumkan perkara itu kepada Sinar Harian bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai butiran sidang akhbar yang akan diadakan di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

"Saya akan mengadakan sidang akhbar di pejabat saya hari ini pada jam 4 petang, di tingkat lima (bangunan) SUK, anda diundang datang ke sini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning.

Pada Isnin, tular video di media sosial yang didakwa membabitkan Ganabatirau yang dilihat memaki hamun kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) malah video itu turut didakwa dimuat naik sendiri exco terbabit.

Berikutan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terkilan dengan tindakan individu dalam video berkenaan yang disifatkan tidak profesional.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat turut menganggap tindakan individu terbabit yang mengeluarkan kata-kata kesat serta suara tinggi terhadap penjawat awam juga sangat keterlaluan.

Artikel Berkaitan: