Lelaki mengamuk, ugut bunuh anak saudara

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang pemuda ditahan kerana mengamuk dan mengugut anak saudaranya menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tasik Tambahan di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 22 tahun itu dan tidak bekerja itu ditahan pada jam 2.45 pagi.

"Menurut mangsa yang berusia 17 tahun, bapa saudaranya telah masuk ke dalam rumah dengan memandang ibunya sambil bertanyakan masalah suspek dengan wanita tersebut.

"Suspek ke dapur dan mengambil pisau lalu mengacukan senjata itu ke arah remaja perempuan tersebut sambil mengugut akan membunuhnya," kata beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, punca pergaduhan disyaki kerana suspek dalam keadaan halusinasi akibat pengaruh dadah.

"Kami bergegas ke tempat kejadian dan memberkas suspek serta merampas sebilah pisau yang digunakan suspek semasa kejadian.

"Kejadian ini merupakan kali kedua. Suspek pernah dituduh di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan dengan mengugut mahu membunuh remaja perempuan itu pada Ogos lalu," katanya lagi.

Menurutnya, hasil ujian saringan urin ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

"Suspek direman empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.