Kumpulan antivaksin akan sedar - Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly semasa merasmikan program, semalam.
A
A

APA ulasan terbaru pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai golongan yang menolak vaksin?

APA ulasan terbaru pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai golongan yang menolak vaksin?

Mengulas isu imunisasi, Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM yakin kumpulan yang menolak imunisasi lama-kelamaan akan sedar kepentingannya.

Oleh kerana itu, KKM tidak terburu-buru mewajibkan imunisasi di negara ini, sehingga kajian yang dijalankan sekumpulan pakar siap dibentang kepada Kabinet.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Unit Rawatan Rapi Bayi (Neonatal) di Hospital Pakar KPJ Damansara, semalam.

Dalam pada itu, KKM berharap kerjasama dengan hospital-hospital swasta bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dapat direalisasikan.

Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerjasama itu antaranya melibatkan penggunaan kemudahan-kemudahan perubatan di hospital swasta yang tiada disediakan di hospital kerajaan.

Justeru, beliau berharap Majlis Penasihat Kesihatan yang ditubuhkan olehnya sejurus selepas dilantik menjadi menteri kabinet, dapat menjadikan kerjasama itu satu kenyataan.

Dengan kemudahan itu, Hospital Pakar KPJ Damansara menjadi hospital yang menyediakan katil ICU paling banyak dalam kumpulan hospital KPJ.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia