X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

139 mangsa banjir di Pendang dipindahkan ke PPS

Anggota APM Pendang membantu memindahkan mangsa banjir selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak Khamis lepas. - Foto ihsan APM
A
A

ALOR SETAR - Seramai 139 mangsa daripada 35 keluarga di Pendang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rakan Sukan Tanah Merah selepas rumah mereka dinaiki air, sejak Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, jumlah itu meningkat berbanding 126 mangsa daripada 32 keluarga dilaporkan pada Ahad.

Yuslina berkata, antara mukim terjejas termasuklah Ayer Putih, Padang Peliang, Guar Kepayang, Padang Pusing dan Bukit Raya selepas paras air Sungai Pendang berada pada 2.87 meter (m).

"Sehingga jam 2 petang, seramai 108 mangsa dari Kampung Banggol Besi, Kampung Alor Punti, Kampung Tanjung Radin, Kampung Tanah Merah Dalam dari mukim Guar Kepayang terjejas akibat banjir itu.

"Seramai 11 mangsa dari Kampung Sukamari dan Kampung Batu 16, mukim Ayer Putih serta 10 mangsa dari Kampung Tok Pauh dan Kampung Ali, mukim Bukit Raya turut dipindahkan akibat banjir berikutan hujan lebat sejak lima hari lepas," katanya pada Sinar Harian pada Isnin.

139 mangsa di lima mukim di Pendang terpaksa dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah. - Foto ihsan APM
139 mangsa di lima mukim di Pendang terpaksa dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah. - Foto ihsan APM

Beliau berkata, selain itu, lima mangsa dari Kampung Seberang Padang, mukim Padang Pusing dan lima mangsa dari Kampung Tok Sedau, mukim Padang Peliang juga dipindahkan.

Mengulas lanjut, Yuslina berkata, hujan lebat melebihi dua jam pada Khamis menyebabkan air naik mendadak dan berlakunya limpahan air hingga beberapa kediaman penduduk berhampiran Sungai Pendang dilanda banjir.

"Setakat ini, keadaan cerah dan paras air masih belum surut, tetapi kawasan perkampungan seperti Kampung Sukamari, Kampung Seberang Pendang, Kampung Alor Punti, Kampung Tanah Merah Dalam dan sebagainya menunjukkan trend penurunan dalam jumlah sedikit dan pergerakan air deras," katanya.

Katanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan sentiasa melakukan pemantauan di kawasan banjir dan paras sungai Pendang, selain membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS serta mengangkat barang mangsa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!