Covid-19: 4,782 kes positif baharu hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,789 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin.

Angka tersebut merupakan yang terendah direkodkan sejak 22 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 96 kes daripada jumlah yang dilaporkan terdiri daripada kategori tiga hingga lima.

Menurutnya, sebanyak 4,686 atau 98 peratus lagi merupakan kategori satu dan dua.

"Sebanyak 15 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan 13 rakyat tempatan dan dua warga asing turut direkodkan.

"Jumlah keseluruhan kes adalah 2,436,498," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, seramai 607 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 300 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Terdapat 7,414 kes sembuh turut dicatatkan kes dengan jumlah kumulatif, 2,334,783 kes," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak enam kluster baharu dikenalpasti yang terdiri daripada tiga kluster tempat kerja, dua kluster pendidikan kluster serta satu kluster komuniti.

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,728 dan 5,200 daripadanya telah diisytiharkan tamat, manakala 528 lagi masih aktif," katanya.