Premis judi online pantau polis guna CCTV

Salah sebuah premis perjudian di sekitar Kajang yang diserbu polis pada Ahad.
Salah sebuah premis perjudian di sekitar Kajang yang diserbu polis pada Ahad.
A
A
A

KAJANG - Taktik lapuk dua premis perjudian yang diawasi kamera litar tertutup (CCTV) bagi menghidu kehadiran pihak berkuasa hanya sia-sia selepas premis di sekitar daerah ini digempur polis pada Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor, Asisten Komisioner Zaldino Zaludin berkata, operasi Ops Dadu Khas bermula jam 9 malam itu melibatkan 20 pegawai dan 42 anggota berjaya menahan sembilan individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

Beliau berkata, dua buah premis terbabit dipercayai beroperasi dengan menawarkan aktiviti perjudian dalam talian.

"Polis telah menahan sembilan individu warga tempatan terdiri daripada tiga penjaga premis dan enam pelanggan.

Salah sebuah premis perjudian di sekitar Kajang yang diserbu polis pada Ahad.
Salah sebuah premis perjudian di sekitar Kajang yang diserbu polis pada Ahad.

"Pelbagai barang dipercayai digunakan untuk permainan judi online telah dirampas antaranya komputer riba, tablet, modem serta wang tunai," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zaldino berkata, siasatan mendapati premis terbabit beroperasi dengan hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk.

Beliau berkata, selain dilengkapi pintu besi, premis itu juga diawasi dengan CCTV untuk mengesan sekiranya ada serbuan dilakukan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," ujarnya.