Lelaki dipenjara lapan bulan miliki pelbagai jenis dadah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PORT DICKSON- Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan memiliki pelbagai jenis dadah pada Mac lalu.

Tertuduh, Mohd Shahril Samsudin, 35, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majisteret, V Vanita, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Isnin.

Mengikut kertas pertuduhan pindaan, pada 13 Mac lalu, jam lebih kurang 12.45 pagi bertempat di rumah tidak bernombor dekat Kampung Linggi, telah didapati dalam milikan tertuduh dadah berbahaya iaitu jenis heroin seberat 0.10 gram.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Bagi pertuduhan tambahan pertama dan kedua, pada tarikh, masa, dan lokasi yang sama, tertuduh telah didapati memiliki dadah jenis monoacetylmorphines seberat 0.01 gram dan methamphetamine seberat 0.17 gram.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fatin Nur Athirah Zainudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: