X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Coway bersama rakyat Malaysia lawan COVID-19

A
A

Kempen baharu ini bertujuan sebar mesej harapan dan ketabahan ketika saat mencabar

KUALA LUMPUR – Ketika negara ini meneruskan perjuangan menentang COVID-19, seluruh rakyat berusaha dan berjuang biarpun berdepan pelbagai dugaan, keletihan serta ketidakpastian dalam menangani cabaran akibat pandemik itu.

Bersandarkan semangat itulah, Coway Malaysia berikrar untuk terus berdiri seiringan dengan rakyat Malaysia — daripada petugas kesihatan kepada wira-wira barisan hadapan lain yang setia berkhidmat setiap hari — kita bersama berjuang dalam saat penuh mencabar ini menerusi kempen baharu ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’.

Kempen ini bertujuan memperkukuhkan semangat untuk bersatu sebagai sebuah komuniti bagi mengatasi segala cabaran mendatang dan berdepan detik-detik sukar, demi membina negara Malaysia yang lebih baik.

Pandemik ini pastinya terus menimbulkan kesan mendalam terhadap kesejahteraan, kesihatan dan kewangan setiap rakyat.

Komitmen Coway untuk kesejahteraan Malaysia

Kempen ini dibina berdasarkan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coway yang berterusan dan membuktikan komitmennya terhadap kesihatan serta kesejahteraan negara termasuk setiap rakyat Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, sempena pelancaran kempen ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ dengan mesej untuk membina semangat, Coway telah melancarkan iklan televisyen baharu yang tidak hanya memaparkan kegigihan petugas barisan hadapan, tetapi juga semangat kebersamaan untuk menyokong komuniti di seluruh negara dalam menangani serta mengatasi cabaran semasa.

“Kerjasama sepasukan dan mengambil inisiatif untuk memberi impak positif merupakan nilai-nilai teras semangat ‘Cowayian’ kami. Tidak kira betapa sukar keadaan yang dihadapi, kita akan sentiasa mempunyai kekuatan untuk menghadapinya apabila kita bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Kami percaya bahawa kami bertanggungjawab untuk berdiri seiringan dengan rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis semasa dan membantu negara ini menangani COVID-19. Kami akan terus berusaha sehingga ia berakhir!,” katanya.

Pelbagai sumbangan untuk melawan pandemik

Jelas beliau, Coway adalah antara syarikat multinasional pertama yang mengambil inisiatif pada awal pandemik tahun lepas.

Kata Ki Ryong, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah sumbangan wang tunai berjumlah RM300,000 kepada dana COVID-19 Kementerian Kesihatan (KKM); beratus-ratus penulen udara dihantar ke lebih 38 hospital awam yang dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19; dan sebanyak 100,000 keping pelitup muka juga telah disumbangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Malahan beribu-ribu kit “Stay Safe” yang terdiri daripada pembersih tangan dan pelitup muka juga diberikan kepada penunggang dan pelanggan servis penghantaran makanan.

“Manakala tahun ini, Coway telah menaja 101 penulen udara Coway kepada empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Lembah Klang untuk membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” ujar beliau.

Selain sumbangan berkenaan, beliau berkata, Coway juga menaja tiga penulen udara dan tiga penulen air kepada Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bandar Tun Razak di Cheras, bagi memberikan kualiti udara bersih dan lebih baik terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti pusat penilaian.

5 perkhidmatan tambahan baharu untuk pelanggan Coway

Ujar Ki Ryong lagi, menyedari betapa pentingnya amalan kebersihan dalam memerangi virus ini, Coway memperkenalkan lima perkhidmatan tambahan baharu untuk pelanggannya tahun lalu, yang menggunakan kaedah pensterilan canggih untuk meningkatkan tahap kebersihan di rumah.

“Coway juga melancarkan perkhidmatan pembasmian kuman kepada orang ramai, dengan Health Planner dan Juruteknik Homecare melakukan proses pembasmian kuman di tempat awam seperti sekolah serta kawasan perumahan untuk mengurangkan penyebaran COVID-19.

“Baru-baru ini, Coway telah menyumbang sejumlah RM400,000 kepada Program Bantuan Bakul Makanan MERCY Malaysia yang membawa manfaat kepada 3,600 keluarga dalam komuniti yang memerlukan,” jelas beliau.

Kolaborasi untuk jaminan kesihatan

Katanya, dalam meneruskan kolaborasinya dengan MERCY Malaysia, Coway juga menyumbangkan enam unit penulen udara kepada inisiatif kesihatan mental dan sokongan psikososial organisasi itu.

Ki Ryong menambah, penulen udara itu telah ditempatkan di ruang ‘kesejahteraan’ yang didirikan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang berfungsi untuk meringankan tekanan kerja yang dihadapi oleh para petugas kesihatan.

“Sejajar dengan visi kami untuk menjadi syarikat Best Life Solution, kami percaya dapat memberikan kesan yang baik dan positif dengan meningkatkan kehidupan pelanggan, kakitangan dan juga masyarakat secara umum.

“Kempen ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ hanyalah sebahagian daripada pelan CSR jangka panjang kami di Malaysia. Malah kami merancang untuk meneruskan lebih banyak inisiatif dengan capaian yang lebih luas untuk memperkukuhkan kesihatan negara secara keseluruhannya,” ujarnya.

Untuk menonton video ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ yang menyentuh hati dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang membina semangat ini, layari:

www.youtube.com/CowayMalaysiaOfficial atau

www.coway.com.my/westandasone


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!