Jobs Malaysia di Politeknik Muadzam Shah

Dr Abd Rahim (tengah) pada sidang media di UTC.
Dr Abd Rahim (tengah) pada sidang media di UTC.
A
A
A

KUANTAN - Para graduan boleh membuat persediaan diri dalam memenuhi pasaran kerja masa depan, menerusi Kembara Kerjaya 3.0 yang akan singgah ke Cape Fest 2019, di Politeknik Muadzam Shah, 9 Mac nanti.

Timbalan Pengarah Akademik dan Industri Politeknik Muadzam Shah, Dr Abd Rahim Awang berkata, Kembara Kerjaya anjuran Jabatan Tenaga Kerja Pahang (JTKP) dan Pusat Jobsmalaysia Pahang (JMC) akan mendedahkan para graduan untuk menelusuri realiti sebenar dunia pencarian pekerjaan.

Menurutnya, hal ini sekali gus membantu pelajar untuk mempersiapkan diri menjadi graduan yang berkualiti dan diburu majikan.

"Cape Fest 2019 bertemakan Journey To Success merupakan kerjasama Unit Corporate Industrial Services and Employability Centre (CISEC) bersama Alumni, Psikologi dan Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah.

"Antara pengisiannya bicara kerjaya, pameran jualan dan juga dialog bersama industri daripada Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Transair Academy International Sdn Bhd.

"Kembara Kerjaya 3.0 kelolaan Jobs Malaysia akan singgah di Cape Fest bagi mengendalikan temuduga kerjaya pada 9 Mac nanti," katanya selepas menandatangani Nota Kerjasama Strategik antara Politeknik Muadzam Shah dan JobsMalaysia Pahang di Pusat Transformasi Bandar UTC di sini.

Hadir sama Pengarah Program Kembara Kerjaya, Haris Fadillah Hassan dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Pahang (JTKP), Pazman Che Husin Program tersebut katanya sebagai platform terbaik bagi memberikan dan menyebarluas maklumat kepada calon mahasiswa sekaligus meningkatkan aksesibiliti dan ekuiti pengajian tinggi.

Artikel Berkaitan: