Wisma Putra pantau penglibatan rakyat Malaysia terlibat ISIS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar (Wisma Putra) sentiasa memantau jika ada rakyat Malaysia terlibat dalam ISIS.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, segala maklumat berkenaan perkara tersebut akan dikongsikan dengan agensi keselamatan negara ini.

“Secara teknikalnya bidang berkaitan dengan keselamatan dan urusan-urusan yang berkaitan tidaklah sepenuhnya berada di Kementerian Luar Negeri.

“Kita ada agensi-agensi yang menjaga keselamatan,” katanya ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Kamarudin menjawab pertanyaan tambahan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mengenai pemantauan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat dalam ISIS di Afghanistan.

Tambah Kamarudin, kerajaan dan pihak Taliban yang mentadbir Afghanistan memberikan komitmen tidak mahu menjadikan negara berkenaan sebagai tempat terorisme.

Artikel Berkaitan: