Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sekali lagi tangguh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sekali lagi menangguhkan pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Usul penangguhan itu dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum kemudiannya mendapat persetujuan di Dewan Rakyat.

Usul pemilihan itu tersenarai sebagai perkara pertama dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada 14 September lalu, Dewan Rakyat pernah menangguhkan usul pemilihan jawatan berkenaan bagi memberi laluan kepada pindaan Perlembagaan untuk penambahan jumlah jawatan itu kepada tiga berbanding dua ketika ini.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum ini disandang oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum beliau meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: