Israel rancang bina lebih banyak penempatan haram Yahudi

Gambar fail menunjukkan sebuah penempatan haram Yahudi yang masih dalam pembinaan di Tebing Barat. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sebuah penempatan haram Yahudi yang masih dalam pembinaan di Tebing Barat. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Kementerian Perumahan dan Pembinaan Israel pada Ahad mengumumkan rancangan untuk membina lebih banyak penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, Palestin yang dijajahinya.

Menurut kementerian itu, tender telah dikeluarkan untuk pembinaan 1,355 rumah di Tebing Barat yang sebelum ini dijajah oleh rejim Zionis sejak tahun 1967 melalui Perang Enam Hari.

Pembinaan penempatan haram Yahudi itu menyebabkan lebih 2,000 unit kediaman peneroka haram Yahudi ditambah.

Menteri Perumahan Israel, Zeev Elkin dalam satu kenyataan berkata, bahawa pembinaan itu mengukuhkan lagi kehadiran penduduk Yahudi di Tebing Barat.

Pihak Berkuasa Palestin pula dilaporkan akan menunggu kenyataan daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang pernah menyatakan bahawa Washington akan menentang sebarang pembinaan penempatan haram Yahudi.

Pembinaan penempatan haram Yahudi itu yang dibuat secara sebelah pihak merupakan satu halangan bagi mencapai penyelesaian terhadap penubuhan sebuah negara Palestin.

Kira-kira 475,000 penduduk Yahudi tinggal di penempatan haram di Tebing Barat yang merupakan satu kesalahan jika berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa. - Agensi

Artikel Berkaitan: