Kasut sukan dilelong hampir RM6.23 juta di AS

Sepasang kasut sneaker yang pernah dipakai oleh bekas bintang bola keranjang AS, Michael Jordan mencatatkan rekod lelongan di negara itu. - Foto AFP
Sepasang kasut sneaker yang pernah dipakai oleh bekas bintang bola keranjang AS, Michael Jordan mencatatkan rekod lelongan di negara itu. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Sepasang kasut sneaker yang pernah dipakai oleh bekas bintang bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Michael Jordan ketika zaman awal dia bermain dalam sukan itu dilelong pada harga hampir AS$1.5 juta (RM6.23 juta) pada Ahad.

Menurut firma lelongan Sotheby's, harga yang dibida iaitu AS$1,472,000 (RM6,110,272) di Las Vegas, AS telah mencatatkan rekod untuk lelongan kasut yang dipakai untuk sesuatu pertandingan sukan.

Kasut Nike Air Ships itu dipakai oleh Jordan pada perlawanan kelimanya bersama kelab Chicago Bulls pada tahun 1980-an dan ia kemudian menjadi sensasi di dalam mahupun di luar gelanggang bola keranjang.

Harga itu juga mengatasi rekod yang dipegang sepasang kasut Nike Air Jordan yang dilelong pada harga AS$615,000 (RM2,552,865) pada Ogos 2020.

Ketika itu, ia dilelong oleh firma Christie's.

Jordan memakai kasut tersebut pada tahun 1984 dan 1985, bagaimanapun kasut jenama sama telah diubah suai pada tahun 1986. - Agensi

Artikel Berkaitan: