X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Pekerja kilang maut nahas dua motosikal

Rakaman nahas dua buah motosikal tular di media sosial.
A
A

SEPANG - Seorang pekerja kilang maut manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan sesama sendiri sebelum terbakar di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian pada jam 4.20 petang, dua penunggang motosikal berusia 24 dan 38 tahun itu dari arah Melaka dalam perjalanan pulang ke Klang.

"Mereka menunggang dua motosikal jenis Yamaha RXZ, setibanya di lokasi kejadian, berlaku pergeseran antara mereka, akibatnya mangsa berusia 38 tahun itu tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Wan Kamarul Azran berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

"Seorang lagi mangsa yang cedera masih dirawat di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai motosikal dua buah mptosikal yang terbakar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dua buah motosikal yang berkonvoi itu terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar.

"Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus kedua-dua motosikal itu," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!