Pelakon Gunther dalam siri Friends meninggal dunia

James Michael Tyler.- Foto Eonline
James Michael Tyler.- Foto Eonline
A
A
A

PELAKON dalam siri drama terkenal 'Friends' James Michael Tyler, yang memegang watak Gunther, meninggal dunia pada usia 59 tahun.

Tyler menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Los Angeles pada Ahad, kata pengurusnya dalam satu kenyataan.

"Tyler seorang yang sangat baik dan disenangi orang ramai," katanya.

Mendiang meninggalkan isteri, Jennifer Carno.

Tyler disahkan menghidap barah prostat tahap 4 pada 2018 dan ia kemudian merebak kepada tulangnya.

"Mendiang ingin membantu seramai orang yang mungkin dengan berkongsi tentang penyakit dihadapnya supaya orang ramai akan menjalankan ujian darah bagi mengesan barah prostat setelah menjangkau usia 40 tahun," tambah pengurusnya lagi.

Walaupun tidak mendapati watak utama dalam sitcom Friends, Gunther sangat popular dalam kalangan peminat siri itu.

Gunther merupakan pelayan serta pengurus sebuah kafe yang terletak di Central Perk.

Artikel Berkaitan:

Dalam siri itu, Gunther jatuh hati pada watak yang dimainkan Jennifer Anniston, Rachel, yang juga bekerja sebagai pelayan di kafe berkenaan.

"Seluruh dunia mengenali mendiang sebagai Gunther namun ahli keluarga dan rakan baiknya kenali dia sebagai seorang pelakon, pemuzik, aktivis kesedaran barah dan seorang suami yang penyayang," kata pengurusnya.

Tyler muncul dalam hampir 150 episod siri komedi itu yang disiarkan oleh NBC dari tahun 1994 sehingga 2004.

Pada bulan Mei lepas, Tyler muncul dalam siri khas 'Friends: The Reunion" melalui aplikasi Zoom.

Selain Friends, Tyler turut membintangi dua filem pendek, 'The Gesture' dan 'Word and Processing', serta memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dalam beberapa festival filem. - Awani