Kes positif Covid-19 dunia melebihi 243.5 juta

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 735,000 kes, menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 4.947 juta. - Foto AP
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 735,000 kes, menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 4.947 juta. - Foto AP
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 243.59 juta, berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 45 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.7 juta kes.

United Kingdom kini catat lebih 8.8 juta kes, manakala Rusia turut memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.

Perancis dan Turki pula mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.4 juta kes dan Thailand dengan 1.8 juta kes.

Artikel Berkaitan:

Manakala singapura merekodkan lebih 170,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini makin hampiri 5 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat yang kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 735,000 kes, menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 4.947 juta.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 605,000 kes, India lebih 453,000 kes, Mexico lebih 286,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 226,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 95,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 41,000 diikuti Malaysia dengan 28,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 18,000 angka korban.- Awani