X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Tze Yong naib juara Terbuka Czech

Foto Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A

HASRAT pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk meraih kejuaraan antarabangsa ketiganya tidak kesampaian apabila tewas dalam perlawanan akhir Siri Antarabangsa Terbuka Czech di Brno pada Ahad.

Bintang muda negara berusia 21 tahun itu yang berkedudukan ranking ke-82 tewas kepada pemain dari Republik Czech, Jon Louda 21-16, 16-21, 25-27 dalam perlawanan yang berlangsung selama 83 minit.

Pemain dari Johor itu sebelum ini meraih dua kejuaraan iaitu di Cabaran Antarabangsa Australia Selatan 2019 dan Terbuka Poland 2021, mencuri tumpuan di kejuaraan Piala Thomas apabila nyaris menghadirkan kejutan kepada pemain Indonesia, Jonathan Christie sebelum tewas 21-14, 19-21, 16-21 dalam perlawanan suku akhir.

Dalam perlawanan itu, Malaysia tewas 3-0 yang menyaksikan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tewas straight set 15-21, 17-21 dalam tempoh 51 minit oleh pemain nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi harapan terbaik bangkit menyamakan kedudukan ternyata berjaya menyaingi cabaran pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo sebelum tunduk mengalah 17-21, 21-16, 15-21 dalam tempoh 63 minit.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!