X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Korban letupan gas di China meningkat kepada lima orang

Jumlah korban akibat letupan gas di sebuah restoran di bandar Shenyang meningkat kepada lima, manakala mangsa yang cedera bertambah kepada 47 orang. Foto AFP
A
A

MOSCOW - Jumlah korban akibat letupan gas di sebuah restoran di bandar Shenyang di wilayah Liaoning, timur laut China meningkat kepada lima, manakala mangsa yang cedera bertambah kepada 47 orang, lapor Sputnik.

Menurut China Global Times, letupan itu berlaku pada pagi Khamis dan menjejaskan 99 bangunan, 1,858 isi rumah dan 93 kedai. Bangunan yang terjejas itu telah diperiksa dan 86 daripadanya didapati selamat untuk didiami.

Sebelum ini, pada Khamis laporan menyatakan sekurang-kurangnya seorang maut, manakala 33 cedera dalam kejadian itu.

Punca letupan masih belum dapat dipastikan tetapi ia kemungkinan disebabkan oleh kerja-kerja baik pulih sistem saluran paip gas di bandar itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!