X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

SPS Lindung wajar dilanjutkan dalam Bajet 2022

Sing Chuang (kanan) memberi penerangan kepada penghantar makanan sambil diperhatikan Nor Azleen Ambros (kiri) pada Program Petrol Percuma dan pendaftaran SKSPS di sebuah stesen minyak di Taman Rinting, Pasir Gudang pada Ahad.
A
A

PASIR GUDANG - Pemuda UMNO Pasir Gudang menyarankan kerajaan melanjutkan inisiatif pembiayaan penuh Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung yang dikhaskan untuk penghantar makanan dalam Bajet 2022.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Noor Azleen Ambros mencadangkan SPS lindung di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diperkenalkan dalam Bajet 2021 disambung sekurang-kurangnya setahun lagi.

"Ini kerana skim berkenaan akan tamat tempohnya hujung tahun ini. Langkah ini bagi membolehkan lebih ramai golongan muda yang bekerja sebagai penghantar makanan menerima manfaat daripada inisiatif tersebut.

“Inisiatif ini baik dan berdasarkan tinjauan rambang yang dilakukan, ada penghantar makanan di negeri ini yang tidak mengetahui tentang program berkenaan.

"Ia juga mengambil kira jumlah penghantar makanan yang berdaftar masih lagi rendah selain faktor nilai tambah yang diperoleh golongan terbabit menerusi program berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pemberian Petrol Percuma dan Pendaftaran SPS Lindung di sebuah stesen minyak di Taman Rinting di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Perkeso Negeri Johor, Tong Sing Chuang.

Sementara itu, Sing Chuang menyeru penghantar makanan di Johor segera mengambil peluang untuk mendapatkan perlindungan percuma daripada Perkeso.

Katanya, sejak program itu diperkenalkan sehingga kini hanya seramai 8,127 orang telah mendaftar di bawah SPS Lindung.

“Perkeso memberikan perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan kerajaan akan beri subsidi 100 peratus. Jadi, mereka tidak perlu bayar apa-apa caruman untuk dapat perlindungan daripada kami.

“Justeru, saya ingin menyeru penghantar makanan di Johor untuk mengambil peluang dengan membuat pendaftaran memandangkan mereka adalah golongan yang berisiko tinggi bekerja terutama di jalan raya,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!