APM pertimbang tubuh Majlis Pegawai Kehormat, Bersekutu

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid (dua, kiri) menyampaikan watikah pelantikan Jawatan Penolong Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam (APM) kepada Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad (kanan) pada majlis Penutup Seminar Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM Malaysia Kali Ke-2, pada Ahad. Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab (kiri) dan Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Ghazali Abd Rahman. - Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia akan menimbangkan cadangan menubuhkan Majlis Pegawai Kehormat dan Bersekutu, kata Ketua Pesuruhajaya APM Datuk Roslan Wahab.

Beliau berkata, penubuhan majlis itu dilihat bakal menjadi platform terbaik bagi mengumpul idea, pengalaman, kepakaran dan pengetahuan golongan profesional untuk memantapkan peranan agensi itu dalam membantu masyarakat menghadapi bencana.

''Kita boleh salurkan sebarang pandangan ke majlis ini dan dibawa kepada pihak pengurusan, boleh ketengahkan kepada menteri. Semuanya akan lebih sistematik dan baik,'' katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Seminar Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM di sini pada Ahad.

Ditanya mengenai jumlah permohonan sebagai pegawai kehormat dan bersekutu ketika ini, Roslan menjelaskan, APM banyak menerimanya daripada mereka yang berminat dalam memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat terutama ketika bencana berlaku.

''Bagaimanapun, kita terpaksa juga menapis sebab perlu memilih mereka yang betul-betul boleh terlibat dan menyumbang.

“Setakat ini, kita ada empat kategori lantikan bersekutu iaitu golongan korporat, akademik, pegawai kerajaan dan siasah manakala menteri, ketua menteri atau ketua pegawai eksekutif bagi kategori lantikan kehormat,'' katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: