Covid-19: 5,666 kes positif baharu hari ini

Sebanyak 5,666 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad. Foto hiasan
Sebanyak 5,666 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebanyak 5,559 daripada 5,666 kes positif baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad adalah kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 107 kes positif yang dikesan terdiri daripada kategori tiga hingga lima.

“Daripada jumlah itu juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 20 kes import dan 5,666 penularan dalam negara membabitkan 5,646 kes rakyat tempatan dan 197 lagi warga asing,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memberitahu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 2,431,716 kes.

"Sebanyak 601 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 299 lagi pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, terdapat 6,978 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya 2,327,369 kes.

"Sejumlah tiga kluster baharu dikenal pasti KKM yang membabitkan masing-masing satu di tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

"Jumlah kluster yang direkodkan adalah 5,722 dan 5,183 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 539 kluster lagi masih aktif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan Kuala Lumpur merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) satu peratus, manakala lain-lain negeri berada pada kadar Rt 0.77 hingga 0.99 peratus.