Runtuhan tanah: DBKL, IKRAM ambil tindakan segera

Tanah runtuh di Lingkungan Negeri Sembilan, Bangsar, Kuala Lumpur kira-kira jam 7 petang Sabtu menyebabkan beberapa rumah penduduk di Jalan Limau Purut terkesan.
Tanah runtuh di Lingkungan Negeri Sembilan, Bangsar, Kuala Lumpur kira-kira jam 7 petang Sabtu menyebabkan beberapa rumah penduduk di Jalan Limau Purut terkesan.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) akan mengambil tindakan segera berhubung kejadian runtuhan tanah di belakang rumah penduduk di Jalan Limau Purut, Bangsar, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan itu termasuk memeriksa serta melakukan kerja-kerja pembaikan.

"Wakil dari pejabat saya hari ini (Ahad) turun meninjau kawasan tanah runtuh di jalan utama Lingkungan Negeri Sembilan, Bangsar, yang mengakibatkan runtuhan tanah berlaku di belakang rumah penghuni di Jalan Limau Purut semalam (Sabtu).

"DBKL dan IKRAM akan mengambil tindakan segera untuk memeriksa dan melakukan kerja-kerja pembaikan," katanya menerusi status di Facebook pada Ahad.

Kejadian tanah runtuh di Lingkungan Negeri Sembilan, Bangsar kira-kira jam 7 petang Sabtu menyebabkan beberapa rumah di Jalan Limau Purut terkesan.

Taburan hujan tinggi sejak beberapa hari lalu dipercayai menjadi punca kepada kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan: