Jenazah Mamat Khalid selamat disemadikan

Jenazah Allahyarham selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh.
Jenazah Allahyarham selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh.
A
A
A

IPOH - Jenazah pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, 58, selamat disemadikan di sini pada Ahad.

Jenazah Allahyarham Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh di sini kira-kira jam 2.20 petang.

Jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Slim River ke rumahnya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 sekitar pukul 6 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Jenazah Allahyarham juga disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di sini dengan dihadiri kira-kira 200 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara, pelakon, peminat dan penduduk sekitar selepas solat Zuhur.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarham adalah artis-artis termasuklah Datuk Awie, Datuk M Nasir, Bell Ngasri, Khir Rahman, Zul Ariffin, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim selain Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

M Nasir turut tiba bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh.
M Nasir turut tiba bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh.

Artikel Berkaitan: