X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Dua suspek kes pecah kedai diberkas

Mohd Zaid Hassan
A
A

KAJANG - Polis memberkas dua lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah kedai di Bandar Puchong Jaya Puchong pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dua suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada jam 4 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis turut menjumpai kesemua barangan yang dicuri.

"Suspek telah mengaku melakukan jenayah pecah kedai di sekitar Kajang.

"Kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkenaan kes jenayah dan dadah," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Dalam kes berasingan, Mohd Zaid berkata, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Kajang Prima di sini pada Sabtu.

"Suspek ditahan pada jam 10 malam dan polis menjumpai satu beg galas yang mengandungi barangan hasil curi.

"Hasil rampasan keseluruhan kes pecah rumah bernilai RM 24,000," katanya.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai rekod lampau berkenaan kes jenayah dan dadah juga telah mengaku melakukan jenayah pecah rumah.

Katanya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Sekiranya terdapat sebarang maklumat jenayah atau kemalangan di daerah ini, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!