Aireroshairi dipilih terajui Pemuda Pas Pahang

Aireroshairi dipilih menerajui Pemuda Pas Pahang sesi 2021/2023 pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pahang Ke-39 yang berlangsung di Kompleks Al Makmur, Kerdau di sini pada Sabtu.
Aireroshairi dipilih menerajui Pemuda Pas Pahang sesi 2021/2023 pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pahang Ke-39 yang berlangsung di Kompleks Al Makmur, Kerdau di sini pada Sabtu.
A
A
A

TEMERLOH - Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang, Aireroshairi Roslan dipilih sebagai Ketua Pemuda Pas Pahang yang baharu pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pahang Ke-39 yang berlangsung di Kompleks Al Makmur, Kerdau pada Sabtu.

Beliau dipilih sebulat suara bagi menggantikan penyandangnya, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang melepasi usia pemuda.

Pada muktamar itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih dan Naib Ketua Pemuda, Dr Firdaus Ismail kekal apabila menang tanpa bertanding.

Dalam ucapannya, Aireroshairi mengulangi komitmen Pas membawa agenda penyatuan ummah dalam arena politik umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ummah mesti bersatu demi membawa Malaysia kepada ke arah yang lebih baik dengan berpegang kepada muafakat membawa berkat.

Beliau turut berpesan agar semua Pemuda Pas dapat memberikan fokus dengan program tarbiah dan majlis ilmu.

"Pada masa yang sama mereka perlu meneruskan gerak kerja pilihanraya bagi memastikan Islam terus memimpin ummah di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, Mohd Zarimi berkata, semua pemuda diminta bersama Pemuda Pas sebagai satu wadah politik, dakwah dan tarbiah selain berpeluang untuk terus menimba ilmu serta pengalaman di dalam parti itu.

Artikel Berkaitan: