X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Empat pemandu mabuk ditahan

Salah seorang pemandu sedang menjalani ujian kandungan alkohol ketika Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di Petaling Jaya pada Sabtu.
A
A

PETALING JAYA - Empat lelaki ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk menerusi Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di Lebuhraya Sprint dan Jalan Utara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan dalam operasi bermula pada jam 11 malam hingga 2.30 pagi.

"Empat individu itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, seramai tiga pegawai dan 23 anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terlibat dalam operasi tersebut.

"Sebanyak 13 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi membendung salah laku pengguna jalan raya terutamanya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol," jelasnya.

Beliau turut memaklumkan kesemua individu yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!