X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Jenazah Mamat Khalid akan dikebumi di Paloh

Allahyarham Mamat Khalid, 58, meninggal dunia pada 12.30 malam Sabtu.
A
A

IPOH- Jenazah pengarah dan penerbit tersohor negara Mamat Khalid dijangka dikebumikan selepas solat zohor di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh, di sini.

Allahyarham Mamat Khalid, 58, yang meninggal dunia pada 12.30 malam Sabtu, akan disolatkan di Masjid Sungai Rokam sekitar pukul 11.30 pagi ini.

Terdahulu, anak kelahiran Ipoh itu dilaporkan jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

Berita duka pemergian Mamat turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

Sebelum ini, sutradara hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial.

Antara naskhah beliau yang paling diingati ramai ialah filem "Man Laksa" dan "Hantu Kak Limah Balik Rumah".

Allahyarham juga diingati dengan drama-drama komedi arahannya antaranya "Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel", "Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya" dan "16 Puasa".

Allahyarham Mamat dilahirkan pada 6 April 1963 dan dibesarkan di Sungai Rokam, Ipoh- Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!