Warga asing bantu pemandu kereta sewa tambah pendapatan

Mereka akan menghantar penumpang berdasarkan penggiliran jadual yang dilakukan.
Mereka akan menghantar penumpang berdasarkan penggiliran jadual yang dilakukan.
A
A
A

KOTA BHARU - Sekumpulan pemandu kereta sewa di Kota Bharu menarik nafas lega kerana perkhidmatan mereka kini menjadi pilihan warga asing sekali gus mendatangkan punca pendapatan kepada mereka.

Sebelum ini mereka yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Pemandu Kereta Sewa Kota Bharu terbatas punca pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19.

Bagaimanapun selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, kebanyakan warga asing keluar untuk ke bandar Kota Bharu dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa.

Tinjauan Sinar Harian di Kota Bharu mendapati, pemandu-pemandu kereta sewa berkenaan berada di stesen utama seawal jam 6.30 pagi untuk bertugas.

Kawasan tengah bandar Kota Bharu menjadi pilihan warga asing untuk membeli barangan.
Kawasan tengah bandar Kota Bharu menjadi pilihan warga asing untuk membeli barangan.

Seorang pemandu, Rudin Ibrahim, 66, berkata, pemandu yang berdaftar dengan persatuan berkenaan diberikan giliran untuk mengambil pelanggan.

"Pendekatan bergilir gilir ini adalah untuk keadilan dan berkongsi rezeki sesama kami. Alhamdulilah penjadualan yang dibuat dipatuhi sebaik mungkin oleh kami semua," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.

Seberi Salleh, 73, pula berkata, tempat mereka berkumpul di tengah bandar Kota Bharu menyebabkan perkhidmatan kereta sewa menjadi pilihan warga asing yang keluar membeli barangan keperluan mereka terutama kelengkapan dapur.

Artikel Berkaitan:

"Stesen kami berdekatan dengan tempat mereka membeli barang. Biasanya mereka akan memilih menggunakan kereta sewa sebab bawa banyak barang," katanya.

Mohd Jefri Raja Daud,55, pula memberitahu, terdapat dalam kalangan warga asing itu yang sudah mengenali beberapa pemandu dan menjadi pelanggan tetap menggunakan perkhidmatan kereta sewa mereka.

Nordin akan memastikan penumpang menggunakan alat pengesan suhu sebelum menaiki kereta sewanya.
Nordin akan memastikan penumpang menggunakan alat pengesan suhu sebelum menaiki kereta sewanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penjagaan prosedur operasi standard (SOP), Nordin Che Musa, 68, pula memberitahu, dia dan rakan-rakan sentiasa memastikan kereta sewa disanitasi selepas menghantar penumpang.

"Selepas menghantar penumpang tidak kira dekat atau jauh, kereta sewa akan disanitasi," katanya.

Seorang lagi pemandu, Shafiin Rahman, 65,berkata, dia akan memastikan setiap penumpang yang menaiki kereta sewanya sudah lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.

Selain itu, katanya, penumpang juga perlu memeriksa suhu badan dan mendaftar dalam aplikasi Mysejahtera setiap kali menaiki kereta sewa.

"Langkah ini penting untuk keselamatan kita semua," katanya.