Terbuka Denmark: Sze Fei-Nur Izzudin gagal mara ke final

Sze Fei dan Nur Izzuddin tampil cemerlang pada Terbuka Denmark kali ini.
Sze Fei dan Nur Izzuddin tampil cemerlang pada Terbuka Denmark kali ini.
A
A
A

IMPIAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke pentas final Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tumbang di tangan gandingan tuan rumah, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam aksi separuh akhir di Odense Sports Park sebentar tadi.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Sze Fei-Nur Izzuddin apabila berjaya memaksa beregu handalan Denmark itu beraksi sehingga set penentuan sebelum mereka tewas 11-21, 21-19, 18-21.

Terdahulu, gandingan ke-26 dunia itu mencipta kejutan mara ke pentas separuh akhir selepas menumbangkan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi suku akhir.

Artikel Berkaitan: