Souq Shoppe @ Putra Mosque tampil ‘photo booth’ jenama coklat gergasi

Shafiq Aswad berkata pemilihan Putrajaya sebagai lokasi Souq Shoppe @ Putra Mosque adalah sebelum pandemik Covid-19 yang menerima kehadiran 100 hingga 140 bas pelancong sehari. - Foto Bernama
Shafiq Aswad berkata pemilihan Putrajaya sebagai lokasi Souq Shoppe @ Putra Mosque adalah sebelum pandemik Covid-19 yang menerima kehadiran 100 hingga 140 bas pelancong sehari. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kedai coklat terbesar di Lembah Klang, Souq Shoppe @ Putra Mosque merupakan tarikan terbaharu di Putrajaya dengan penampilan ‘photo booth’ Reese’s dan Hershey’s gergasi yang pertama di Malaysia.

Konsep kedai coklat yang terletak di Masjid Putra di sini itu diilhamkan untuk memberi pengalaman baharu dan kegembiraan kepada pengunjung selain daripada membeli-belah.

Kedai seluas 11,000 meter persegi itu bukan sahaja menawarkan pelbagai coklat jenama tempatan dan antarabangsa tetapi memberi pengunjung peluang bergambar dalam alam fantasi dengan reka cipta dalaman yang dilengkapi lampu warna-warni dan struktur klasik.

Pengurus kanan DR Group Holdings Sdn Bhd, Mohd Shafiq Aswad Abd Rashid berkata, keunikan yang ditonjolkan di dalam kedai coklat itu menarik lebih 10,000 pengunjung dari seluruh negara sepanjang tiga hari sejak dibuka 15 Oktober lepas.

"Lokasi Putrajaya dipilih kerana sebelum pandemik Covid-19, pusat pentadbiran ini menerima 100 hingga 140 bas pelancong sehari. Lagipun di sini tiada tempat yang khusus untuk pelancong membeli cenderahati untuk dibawa balik. Jadi idea untuk membuka kedai coklat adalah ia menjadi pusat sehenti untuk pelancong membeli-belah dalam suasana yang menggembirakan," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Souq Shoppe @ Putra Mosque merupakan kedai coklat terbesar di Lembah Klang dan menjadi tarikan terbaru di Putrajaya dengan penampilan ‘photo booth’ Reese’s gergasi dan Hershey yang pertama di Malaysia. - Foto Bernama
Souq Shoppe @ Putra Mosque merupakan kedai coklat terbesar di Lembah Klang dan menjadi tarikan terbaru di Putrajaya dengan penampilan ‘photo booth’ Reese’s gergasi dan Hershey yang pertama di Malaysia. - Foto Bernama

Mohd Shafiq berkata, terdapat tiga sudut bergambar disediakan di Souq Shoppe @ Putra Mosque iaitu di pintu masuk dan di dalam kedai yang satu daripadanya adalah Hershey's Candy Machines yang pernah ditampilkan di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

"Photo booth atau ruang bergambar itu bertujuan memberi pengalaman kepada pengunjung selari dengan slogan Souq Shoppe @ Putra Mosque iaitu 'experiential and enjoyable shopping'. Selain itu, pencahayaan dan reka bentuk dalaman seperti lantai dan dinding lama bercorak Maghribi dikekalkan untuk memberi suasana berlainan kepada pengunjung," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pelaburan RM5 juta itu akan membabitkan dua fasa iaitu kedai coklat dan muzium yang dijangka siap Februari tahun depan.

"Muzium itu akan memaparkan sejarah Putrajaya serta ikonik seperti bangunan, struktur dan acara yang pernah diadakan. Apabila siap sepenuhnya, kedua-dua tarikan ini akan memberi pengunjung pengalaman yang berbeza iaitu membeli-belah dan mendapat ilmu sejarah penubuhan Putrajaya," katanya.

Mohd Shafiq berkata, Souq Shoppe @ Putra Mosque turut menawarkan coklat jenama tempatan yang eksklusif iaitu Fidani oleh DR Group yang setanding dengan jenama antarabangsa pada harga mampu milik.

Konsep kedai coklat yang terletak di Masjid Putra ini diilhamkan untuk memberi pengalaman baharu dan kegembiraan kepada pengunjung selain daripada membeli-belah. - Foto Bernama
Konsep kedai coklat yang terletak di Masjid Putra ini diilhamkan untuk memberi pengalaman baharu dan kegembiraan kepada pengunjung selain daripada membeli-belah. - Foto Bernama

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan prosedur operasi standard (SOP) seperti menyediakan nombor giliran dan mengehadkan 100 pengunjung berada di dalam kedai pada satu masa demi kebaikan dan keselamatan semua pihak.

Mohd Shafiq turut menasihati pengunjung agar bersabar menunggu giliran dan sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan untuk bersama-sama membendung penularan Covid-19. - Bernama