Mohd Hasbie dilantik Ketua Pemuda Amanah

Mohd Hasbie
Mohd Hasbie
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional membuat keputusan melantik Mohd Hasbie Muda sebagai Ketua Pemuda yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Shazni Munir Mohd Ithnin yang meninggal dunia akibat Covid-19 baru-baru ini.

Speaker Pemuda Amanah Nasional, Noorazmir Zakaria berkata, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

“Hari ini, Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional telah bermesyuarat untuk memilih Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional yang baru.

“Umum mengetahui jawatan Ketua Pemuda telah kosong kerana pemergian arwah Shazni Munir akibat Covid-19 pada bulan Ogos lalu.

Nik Abdul Razak. Foto Facebook Nik Abdul Razak
Nik Abdul Razak. Foto Facebook Nik Abdul Razak

“Jawatan ini telah dipangku oleh Muhammad Taqiuddin Cheman selaku Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional sehingga mesyuarat khas pada hari ini berlangsung,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noorazmir berkata, dengan pengumuman ini, Pemuda Amanah diharap terus memacu agenda kepemudaan dan bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan: