X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Mohd Kamal dilantik Ketua Pemuda Pas Kelantan

Mohd Kamal
A
A

KOTA BHARU - Mohd Kamal Mohamad sebulat suara dipilih sebagai Ketua Pemuda Pas Kelantan bagi penggal 2021-2023 berkuatkuasa pada Sabtu.

Keputusan itu dibuat oleh para perwakilan yang diberi mandat untuk mengundi kepimpinan baharu pada Muktamar Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-62.

Mohd Kamal yang merupakan Ketua Pemuda Pas Kawasan Ketereh meraih 86 undi untuk 'menumbangkan' pencabarnya Mohd Suhaimi Husin yang sekadar meraih 46 undi sahaja pada muktamar itu.

Mohd Kamal (berdiri) menyampaikan ucapan penangguhan selepas dipilih sebagai Ketua Pemuda Pas Kelantan bagi penggal 2021-2023 berkuatkuasa pada Sabtu.
Mohd Kamal (berdiri) menyampaikan ucapan penangguhan selepas dipilih sebagai Ketua Pemuda Pas Kelantan bagi penggal 2021-2023 berkuatkuasa pada Sabtu.

Bagi Timbalan Ketua, Mohd Abdul Malik Abdul Karim menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut, manakala Naib Ketua disandang oleh Mohd Firdaus Mohd Nawi.

Sementara itu, Marwan Husin, Afif Rabbani, Wan Abu Bakar Wan Husin, Mohd Nazrul Zakaria, Mohd Khairul Khalid dan Mohd Ridha Abdullah dipilih sebagai ahli jawatankuasa.

Bagai jawatan Pengerusi Tetap, Mohamad Azmi Nor menang tanpa bertanding begitu juga dengan Nashrudin Mahmod yang menang tanpa dicabar bagi Timbalan Pengerusi Tetap.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!