Covid-19: 5,828 kes positif baharu hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebanyak 5,828 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding Jumaat iaitu 6,630 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,426,050 kes.

“Sebanyak 5,731 kes atau 98.3 peratus daripada kes baharu hari ini adalah terdiri daripada kategori satu dan dua, manakala 97 kes (1.7 peratus) pula kategori tiga, empat dan lima,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, nilai purata kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia ialah 0.87 dengan enam negeri berada di atas paras tersebut iaitu Kuala Lumpur (1.02), Negeri Sembilan (0.98), Putrajaya (0.95), Melaka (0.94), Selangor (0.93) dan Sabah (0.91).

"Kelantan merekodkan nilai R-naught 0.87, manakala Johor, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak, Perlis masing-masing merekodkan nilai di bawah kadar purata kebangsaan," katanya.

Artikel Berkaitan: