PM mula lawatan kerja ke Sarawak, hadiri taklimat pembangunan

Ismail Sabri (tengah) tiba bagi mengikuti taklimat pembangunan negeri oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Sabtu - Foto Bernama
Ismail Sabri (tengah) tiba bagi mengikuti taklimat pembangunan negeri oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Sabtu - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan kerja ke Sarawak pada Sabtu, dengan menghadiri taklimat Pembangunan Negeri oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak.

Ini merupakan lawatan kali pertama beliau ke Sarawak sebagai Perdana Menteri selepas dilantik pada 21 Ogos lepas.

Perdana Menteri yang tiba di sebuah hotel di sini pada jam 11.30 pagi bagi taklimat itu disambut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta pemimpin tertinggi negeri.

Beliau yang meluangkan masa kira-kira sejam mendengar taklimat itu turut dijangka melawat Hospital Petra Jaya pada Sabtu.

Ismail Sabri juga dijadualkan melancarkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan pentadbirannya di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini pada Sabtu malam. - Bernama

Artikel Berkaitan: