KJ beri peringatan ahli politik pakai pelitup muka

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi peringatan kepada orang ramai khususnya ahli politik untuk sentiasa mengamalkan pemakaian pelitup muka.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ahli Parlimen Rembau mendakwa ramai ahli politik ketika ini dilihat mengabaikan pemakaian pelitup muka ketika menghadiri sebarang pertemuan atau mesyuarat.

"Bukan peringatan ringan (not so gentle reminder), sentiasa pakai pelitup muka terutamanya ahli politik.

"Ramai rakan saya dilihat dalam gambar tidak memakai pelitup muka ketika mesyuarat.

"Kebanyakan ahli politik ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan mungkin obes. Kalau dijangkiti Covid-19 walaupun sudah vaksin, ia tidak akan jadi sesuatu yang menyeronokkan dan bukan main-main," katanya pada Sabtu.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketika ini United Kingdom sedang menghadapi gelombang baharu Covid-19 disebabkan keengganan mereka untuk memakai pelitup muka.

Justeru Khairy Jamaluddin berharap agar rakyat Malaysia tidak mengabaikan arahan pemakaian pelitup muka.

"Jangan jadi seperti United Kingdom. Pakai sahaja pelitup muka," katanya.

Artikel Berkaitan: