Penunggang motosikal tular alami masalah mental

Rakaman seorang penunggang yang memberhentikan motosikal di Jalan Tuanku Abdul Rahman tular di media sosial sejak Jumaat.
Rakaman seorang penunggang yang memberhentikan motosikal di Jalan Tuanku Abdul Rahman tular di media sosial sejak Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal yang tular melalui satu rakaman video di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini didapati mengalami masalah kesihatan mental.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan lelaki itu selepas videonya memberhentikan motosikal di tengah jalan tular di media sosial.

Menurutnya, bertindak ke atas aduan diterima, Unit Risikan JSPT Kuala Lumpur mengesan lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dan mendapati dia mengalami masalah kesihatan mental.

"Kita memohon kerjasama orang ramai untuk membuat laporan dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi tindakan lanjut, sekiranya melihat perbuatan dan aksi berbahaya di jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 0320719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 0320260267/69," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, tular rakaman video berdurasi 19 saat yang memaparkan seorang penunggang motosikal memberhentikan motosikal di tengah jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan: