X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Khairil Nizam tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas

Khairil Nizam
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pemuda Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin mengesahkan beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan disandangnya bagi sesi 2021 hingga 2023.

“Ya (tidak bertanding),” katanya ringkas kepada Sinar Harian melalui WhatsApp pada Sabtu ketika ditanya mengenai kesahihan keputusan beliau yang tidak akan mempertahankan jawatan itu.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas telah menerima borang pencalonan daripada Pas kawasan di seluruh negara yang mencalonkan Khairil Nizam bagi jawatan tersebut.

Dua nama lain dicalonkan ialah timbalannya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahya.

Dalam pada itu, Setiausaha Pemuda Pas, Mohd Nadzim Ahmad Azmi berkata, Khairil Nizam memaklumkan mengenai keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya itu ketika Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Pas Malaysia yang diadakan pada Khamis lalu.

“Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan Pemuda Pas kepada Muktamar Pemuda Pas yang akan berlangsung akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muktamar Pas yang bakal berlangsung di Kuala Terengganu pada November ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi penggal 2021 hingga 2023.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!