MBPJ anjur Hari Tanpa Kenderaan

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program berkenaan.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program berkenaan.
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal meneruskan program Hari Tanpa Kenderaan 2019 pada tahun ini bagi meneruskan lagi usaha untuk mewujudkan sebuah bandaraya yang hijau dan mampan.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan bahawa program ini juga merupakan usaha untuk mengajak penduduk bersama-sama memelihara tenaga serta sumber bagi mengurangkan penggunaan kenderaan di samping mengawal pencemaran udara di bandar.

Katanya, penganjuran edisi kali ini yang akan diadakan di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya pada 10 Mac ini merupakan sebahagian inisiatif MBPJ untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Beberapa aktiviti menarik diadakan sewaktu program berkenaan antaranya PJ Smart Rida, Purple Walk, pertandingan memancing, pertandingan permainan tradisional, pertandingan mewarna, santai budaya dan pelbagai lagi.

Pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ, Bahagian Khidmat Komuniti dan Pembangungan Modal Insan di talian 03-79560203.

Boleh juga layari laman sesawang www.mbpj.gov.my atau Facebook: petalingjayacitycouncil,Twitter& Instagram: @pjcitycouncil).

Artikel Berkaitan: