X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Ibu, anak lelaki 4 tahun ditemui lemas di kolam renang

Gambar hiasan
A
A

DUNGUN - [DIKEMAS KINI] Percutian sebuah keluarga akauntan dari Petaling Jaya, Selangor bertukar tragedi selepas dua daripada mereka ditemui lemas di dalam kolam renang di sebuah resort penginapan mereka di sini, petang Khamis.

Mangsa, Leong Choy Kee, 34, bersama anak lelakinya, Ng Ho Jun, 4, ditemui di dasar kolam oleh pengunjung lain yang ingin menggunakan kemudahan rekreasi itu, kira-kira jam 1.45 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua beranak itu dipercayai tidak mahir berenang dan jarak kemudahan rekreasi tersebut dari bilik penginapan mereka lebih kurang 15 meter sahaja.

"Kedua-dua beranak ditemui di dasar kolam sedalam tiga meter oleh beberapa pengunjung lain yang hendak mandi di situ sebelum memaklumkan kepada petugas di kaunter.

"Sejurus dimaklumkan, kedua-dua beranak itu diangkat keluar dari kolam oleh tiga pekerja di situ sambil bertindak memberi bantuan pernafasan tetapi tidak berhasil, sebelum dibawa ke Hospital Dungun dengan ambulans," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua beranak itu adalah disebabkan lemas dan mayat mereka sudah dituntut oleh ahli keluarga mereka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!